Entry: Belajar, Menghafal Al Quran - Ikuti Seminat 'Tilawati' kaedah terkini Sunday, March 25, 2007




Keratan akbar Berita Harian, Sabtu pada 17 & 24 March 2007, ms.48

Kalau dulu ramai yang mempelajari Al Quran dengan cara Iqra'.  Tapi kali ini ada kaedah yang lebih canggih dan berkesan untuk mempelajari Al Quran dan menghafalnya dengan lebih sistematik, mudah, cepat dan lancar, ya itu dengan kaedah yang terkini disebut 'Tilawati'.

Mengikut keterangan Ustaz Ahmadini, pengerusi Jam'iyatul Qurra' Al Islamah (Singapura) Q7, beliau telah ke Surabaya pada awal bulan March 07 tahun ni dan menyaksikan sendiri bagaimana anak2 kecil yang berusia 2 tahun sudah pandai menghafal Al Quran dengan kaedah 'tilawati' ini.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengetahui dan mempelajari kaedah terbaru 'Tilawati' ini.  Tempat terhad dan pendaftaran yang dibuat pada hari seminar diadakan, tidak akan dilayani.  Untuk warga emas yang berusia 70 tahun keatas dan pelajar yang berusia 18 tahun kebawah, harganya $50 sahaja.

Setiap peserta akan diberi 6 Jilid Kitab Tilawati yang dicetak khas untuk mereka yang mendaftar dan Sijil Penyertaan yang ada nama anda tercatit diatasnya.  Drs H.Hasan Sadzli akan menerangkan kaedah 'Tilawati' ini 'step by step' dengan cara terperinci.  Sesiapa yang mempunyai Sjil Penyertaan dan mengikuti saminar ini sahaja yang layak untuk mengajar kaedah terbaru ini.  Dan pencetakkan 6 Jilid Kitab Tilawati ini tidak dibenarkan sama sekali.

Anda boleh gunakan ilmu yang dipelajari ini untuk mengajar anak2 anda atau pun untuk kegunaan diri anda sendiri....  

Sabda Rasullullah s.a.w. maksudnya;
"Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga".
- Riwayat Muslim -

   9 comments

Nameharifah
July 18, 2009   10:34 PM PDT
 
bila lagi dtg ke labuan. dtg lah cepat
Nameharifah
July 18, 2009   10:33 PM PDT
 
bila lagi dtg ke labuan
ayu
July 1, 2009   02:10 AM PDT
 
bole saya tau bila akan dibuat di johor bahru.from : ayukyra@yahoo.com
suhaimi
May 14, 2009   02:13 PM PDT
 
salam, macamana cara nya saya nak belajar?
Syah
April 14, 2009   12:41 AM PDT
 
sya seorang Mualaf nak belajar mengaji online macam mana ye?
julie
April 3, 2009   12:33 PM PDT
 
saya ni tak tahu mengaji.
macam mana nak belajar nih...
hj mohd arif
March 24, 2009   09:22 PM PDT
 
salam.macamana sy nak belajar?
rohzalia nur
October 25, 2008   03:43 PM PDT
 
bagaimana nak berlajar secara online
Noorsaipah
September 22, 2008   03:01 PM PDT
 
Dengan penuh kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izin dan rahmahNya saya diperkenalkan dengan website taranum ini. Syukur alhamdulillah. ia amat bermakna bagi saya, yang jahil mengaji al-quran.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments